Saturday, 21 June 2014

Kau Untuk Diriku #PART5

Aku membuka mata dan rupa-rupanya aku terlelap di dalam kereta Ameer. Dimanakah dia pergi meninggalkan aku?
Selang beberapa minit dia kembali bersama sebotol air mineral lalu dihulurkan kepadaku sambil tersenyum.

"Ameer, kita di mana?" Pertanyaanku disambut dengan senyuman.

"Kita berada di bandar." Jawapan yang mengundang seribu persoalan.

"Jadi..... tak apalah." Aku tidak jadi meneruskan pertanyaan ku. Ku melihat sahaja kereta itu membelah jalan. Aku tidak pasti aku dimana. Memoriku yang terakhir adalah ketika aku dilanggar kereta. Tetapi kenapa aku tidak merasa sakit dan luka?

"Kita sedang menjemput Isteri saya di Lapangan Terbang. Awak lupakah?" Jawapan yang membuat aku tercengang dan hatiku kembali berbelah bahagi. Isteri? Beribu persoalan menunggu jawapan.

"Kawan baik awak pun tak ingat? Kitakan nak ambil Tasya dekat Airport."

"Tasya? Tasya Batrina?  Bila masa dia kahwin dengan awak? Lepastu macammna dengan Yap? Itukan bakal tunang dia?" Soalku tanpa langsung aku berselindung . Aku tidak percaya ini semua. Hanya Ameer berada di hatiku.

"Ehhhh, engkau ni kan. Yap kan suamikau. Aku dan kau kan dah sama-sama kahwin dekat cinta masing-masing. Apehal engkau ni. Macam hilang ingatan sahaja?"

Aku tidak pernah cintakan Yap dan Kahwin dengan dia? Aku tidak pernah menganggap Yap atau namanya Yusuf lebih dari kawan . Adakah dunia telah terbalik? Lagi satu kenapa dia panggil aku engkau. Dimana hilangnya panggilan saya awak dan Ina yang selalu manis disebut olehnya. Aku rela dilanggar oleh kereta daripada terpaksa berhadapan dengan tekanan fizikal dan mental ini.

Otak dan hatiku bagaikan sayup-sayup terdengar seseorang membaca Yassin dan suaranya sama seperti Ameer. Apakah yang berlaku?

Secara tiba-tiba kereta yang dipandu berpusing tiga kali dan merempuh penghadang jalan. Aku dapat merasai darah mengalir dari kepalaku. Sungguh sakit tidak kepalang. Aku membuka mata dan melihat Ameer penuh berlumuran darah dan wajah putihnya menjadi merah pekat kerana darah. Sayup-sayup aku memanggil Ameer akan tetapi tidak berbalas. Aku cuba keluar daripada kereta itu. Nasib baik pintu itu tidak berkunci. Aku keluar dan terus menghala ke tempat duduk Ameer. Tiada satupun kereta yang aku boleh minta pertolongan. Aku gunakan seluruh kudratku sebagai wanita dan membuka pintu Ameer.

 Tetapi bagaikan graviti menarik aku kebelakang sambil berbaring dan bagaikan bom kereta itu meletup bersama dengan Ameer! Aku terjerit bagaikan hilang arah. Sungguh aku tidak menyangka ia akan terjadi. Aku menangis sepuas hati dan menjerit nama Ameer. Tiada satu pun kenderaan yang berada berdekatan untuk meminta bantuan. Ameer mengapakah ini semua terjadi? Bagaikan hanya kita berdua di dunia ini.
I just want to say Saranghaeyo.........

*********************************************

Doktor memeriksa keadaan Adlina yang sudah menunjukkan tanda positif setelah 3 hari koma akibat kemalangan itu. Ketika itu, Ameer berada di wad dan mengalunkan surah yassin dan ada ketikanya tertidur di pangkuan Adlina. Sungguh Ameer merindui senyuman dan suara Adlina.

Di suatu petang, Ameer pergi Melawat seperti biasa dan turut sedekahkan bacaan Yassin supaya Adlina cepat sedar. Sungguh hati kecilnya merindui gadis yang kelihatan seperti Sleeping beauty itu. Ketika alunan yassin dilafazkan oleh Ameer tiba-tiba jari-jari adlina bergerak dan nama Ameer disebut olehnya. Terus sahaja Ameer ingin memberitahu doktor tetapi Adlina menghalang.

"Ameer, awak masih hidup? Jangan sesekali awak tinggalkan saya." Kata Adlina dengan nada amat perlahan.

"Saya tidak akan tinggalkan awak Ina." Balas Ameer apabila Adlina mengaku dan secara rasminya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Sungguh dia tidak mampu lagi untuk menahan perasaan rindu dan cinta yang semakin kuat dan betapa sakitnya batinnya apabila Adlina koma.

Doktor memeriksa Adlina yang masih basah matanya dan masih lemah. Doktor memaklumkan kemungkinan Adlina mungkin mengalami mimpi buruk ketika koma dan berdasarkan reaksinya selepas sedar.

Ya Allah sesungguhnya dia bersyukur mimpi itu tidak menjadi kenyataan.

"Ameer saya................

*Medelyn, sambungan for next time :3

Wednesday, 18 June 2014

Kau Untuk Diriku #PART4

Sampailah saat untuk melafazkan kata-kata itu dan mereka akan sah sebagai pasangan suami isteri. Oh tuhan, aku rasa macam untuk lari sejauh mungkin dan tidak mendengar kata-kata itu.
"Aku terima nikahnya Umi Natasya binti Abdul Uzir dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai."

Akhirnya sah mereka menjadi suami isteri. "Adlina, ini semua dah berakhir." Bisik hatiku. Sejurus itu aku terus keluar dari rumah yang sepatutnya sejuk bertukar menjadi bahang. Aku tidak pasti sama ada aku redha atau tidak. Tetapi, aku amat berharap aku tidak bertepuk sebelah tangan sahaja. 

Aku tiba-tiba terperanjat saat aku dan Tasya selesai menjamu juadah ringan, seorang lelaki yang aku kenali. 

"Ameer, kenapa awak ada pulak dekat sini? Bukan ke awak sepatutnya sekarang dengan family dan isteri awak?" Sambil sempat aku mengerling ke arah dia. Dia nampak amat kacak dengan baju melayu cekak musang bewarna putih dan sampinnya yang dihiasi sulaman benang emas. Sungguh bergaya.

"Adlina, awak mimpi ke? Bila masa saya nikah ? Isteri?" jawapan ameer yang membuatkan aku tersentak.

"Yang tadi? Yang Tengku Ameer tu? " Ku amat dan ingin mencari kepastian yang sebenar.

"Ya allah Ina, yang nikah tu sepupu saya nama dia Tengku Amirul Faizal . Saya Tengku Emiril Faiqal.
Boleh pulak salah. " jawabnya sambil ketawa.

Terasa seperti aku nak menjerit sepuas hati dan lari. Arghhh.. Tapi nasib baik, Fuhhh.

"Ni mesti kes tak baca kad yang saya kasi hari tu kan? Patutlah lepas makan terus nak balik and muka monyok jer.Comel je saya tengok muka monyok awak tu Ina."

Seriously memang malu saat itu. Ya tuhan, macam dia boleh tahu aku merajuk. Arghh itu semua sudah tidak penting yang pastinya sekarng aku masih mempunyai peluang untuk ehem ehem. Gatalkah aku?  :3 

"Ehhh, Ina ini saya kenalkan Ibu bapa saya." Aku mengikut Ameer kedalam rumahnya untuk berkenalan dengan ibu dan bapanya atau bonda dan ayahanda. Hermm aku tak tahu sangat istilah-istilah ni. Maklumlah asyik dapat B dengan C je Bm.

Aku bersalaman dengan ibunya yang amat manis dan cantik. Wanita yang mempunyai ketinggian sederhana dan berambut hitam lebat.

Ibunya menyambut salamku. Dapat ku rasakan kelembutan tangannya. Memang ALEUMDAUSINEYO betul. Maksudnya awak sangat cantik. Patutlah anak dia hensem. Hehehe
Ayahnya memberikan senyuman untukku. 

Ibunya dan aku duduk di sebuah sofa dan Ameer berbual dengan Ayahnya.

"Tengku berusia berapa tahun?" Aku memulakan dahulu.

"Saya sudah hampir separuh abad. Kenapa tanya?"

"Bukan, saya nampak Tengku macam baru 20-an." Sememangnya aku tidak menipu.

"Hahaha, Adlina jangan berTengku dengan saya. Panggil Auntie atau Mommy jer."Balas ibu Ameer.
Sememangnya mestilah aku akan memilih Auntie. Tak Sah lagi kot. Agak-agaklah.

Baru berbual-bual beberapa minit, ameer mengajakku pulang setelah sedar tak sedar sudah pukul 11 malam. Aku mengucup tangan ibu Ameer dan mengikut Ameer dari belakang. Dalam perjalanku mengikuti Ameer terdapat sepasang mata memandang tajam ke arahku. Ahhh, itu aku tidak kisah. Laju aku cuba mendapatkan Ameer.


Di dalam kereta aku bagaikan diam seribu bahasa. Majlis ini yang hampir membuatkan hatiku hancur bagaikan dipecahkan secara drastik bertukar menjadi normal. Kenapa aku tidak membaca kad itu? Apa mungkin aku takut dan membuat hatiku bertambah sayu? Ada baiknya aku membaca dahulu kad itu. Arghh, kenapa perlu aku terus mengingati perkara yang lepas? Sekarang peluangku masih cerah lagi.

"Ina,kenapa diam?" soalan Ameer memecahkan keheningan malam dan juga lamunanku.

"Nak cakap apa lagi yer? Hilang rasanya topik kot...

Dia hanya tersenyum. Baru aku ingat aku ingin bertanyakan sesuatu soalan...

"Ameer, kenapa majlis tu buat dekat rumah awak?"

"Sepupu saya tu bekerja di United Kingdom, dan dia anak yatim piatu. Ibu saya sahaja adik beradik ayah dia saudara yang dia ada. Ayahnya anak tunggal. Sebab itulah." Jawapan Ameer memuaskan hatiku.

Sesampainya di rumahku, kami mengucapkan selamat tinggal. Yang memelikkan, Ameer menyebut dan membuat huruf S menggunakan jari dan menbuat bentul love di dadanya. Dengan blur dan tidak tahu apa-apa aku terus masuk ke dalam rumah. Seperti biasa, Ameer menungguku sampai masuk kedalam rumah.

Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju di atas jalan .Disebabkan gelap dan kereta itu tidak terdapat lampu yang menyala membuatkan aku tidak menyedari kewujudan kereta itu. Bagaikan ditendang dan dihentak dengan begitu kuat, aku bagaikan membelah udara dan jatuh di atas jalan. Ameer segera mendapatkan diriku. Pemandu itu terus memecut laju meninggalkan kami tetapi Ameer sempat menangkap gambar kereta itu.

Aku yang masih tersedar dapat melihat Ameer merangkul dan mendukung aku sambil ku sedari terdapat air jernih yang sedikit deras mengalir dari mata nya yang hitam coklat. Dia membuka bajunya dan dan meletakkan nya di kepalaku yang berdarah dan seterusnya membawa ku menaiki kereta ke hospital. Aku akhirnya pensan apabila ameer terus meluncur laju keretanya ke hospital.


****************************************************************************


Friday, 13 June 2014

Kau Untuk Diriku #PART3



Aku sangkakan aku akan terjatuh di hujung tangga tetapi seolah-olah sesuatu berjaya menyambut ku. Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata dan diriku terpaku. Ameer? macam mana dia boleh masuk dalam rumah?
"Ameer, macam mana awak ada dekat sini?"
"Saya dah 10 minit tunggu dalam kereta lepastu saya keluar saya tunggu dekat pintu. Bahaya awak biarkan pintu terbuka. Nanti orang jahat masuk mulalah."

"Okay lah ameer. Terima kasih sanggup sambut saya. hehehe." tak lawakpun, apahal aku gelak?

"Kan emergency. Kalau saya biarkan awak nanti apa pula kawan awak tu cakap.Dah lah Jom."

"Owh, okay." Aku mengunci pintu dan terus mengekori Ameer ke dalam perut kereta. Suasana didalam kereta terasa amat sunyi. Sebenarnya aku masih malu dengan kejadian tadi. Pegang tangan lelaki aku tak pernah kecuali ayah dan abang. Opss, aku tak ada abang kan. Apatah lagi kalau lelaki dukung aku terutamanya si dia.

Akhirnya kami kedestinasi kami iaitu sebuah restoran yang agak mewah. Aku teringat dia ni sebenarnya keturunan Tengku. So tak mustahillah. Tapi ini first time aku datang ke restoran ni. Kami ke meja yang di Khas untuk 2 orang.Pelayan mengambil pesanan. Aku memesan makanan dan minuman yang sama dengan Ameer. Kedudukan meja kami yang terletak agak tersorak memudahkan lagi untuk berinteraksi.

"Kenapa awak bawa saya ke restoren ni? Bukan ke lebih sesuai waktu malam makan western food."Aku memulakan dahulu. Nanti sampai balik kami tak bercakap, Awkward.

"Salahke?Lagipun saya nak beritahu awak sesuatu." Balas ameer yang membuatkan aku tertanya-tanya.
"Ina, nah." Kad perkahwinan dihulurkan kepadaku kan . Bagaikan ribut telah melanda. Hancur cita-citaku.
"Awak janji awak datang yer. Majlis ni dekat rumah saya."

"Insyallah . Bila nikah?"Aku kuatkan diriku untuk terus berbicara.
"Insyallah malam sabtu ni dekat rumah saya. Bukan dekat masjid or surau."
Aku manahan air mataku yang hampir bergenang.
"Ina, are you okay?" Pertanyaan ameer aku segera menjawab "I'm okay."

Pelayan yang mengambil pesanan kami tiba dengan hidangan yang dipesan. Aku membaca doa dan terus makan. Sebenarnya aku amat lapar tadi sebab aku tidak bersarapan langsung tadi tetapi mendengar apa yang disampaikan ameer tadi bagaikan aku menelan pasir. Habis hidangan kami aku terus meminta dia menghantarku pulang. Aku memberi alasan yang aku rasa tidak sedap badan atau erti kata lain tak sihat.
Dia menawarkan diri untuk membawaku ke klinik tetapi aku menolak secara lembut. Dia terus menghantarku pulang ke rumahku. Aku mengucapkan terima kasih dan terus berlalu kedalam bilikku.

Aku menangis sepuas-puasnya melepaskan segala-galanya. Aku membuka sampul surat itu dan sayu aku lihat muka hadapan kad yang bewarna putih itu yang bertulis Majlis perkahwinan, Ameer bersama cinta hatinya Umi Natasya. Aku menutup kad itu dan meletakkan ia diatas meja. Ya allah, aku redha jika dia bukan jodohku. Aku terlena didalam bilikku sampailah aku terjaga ketika azan maghrib berkumandang. Tanggungjawab kepada yang esa harus aku tunaikan terlebih dahulu.

Hari yang amat ditunggu-tunggukan telah tiba bagi mereka tetapi bukan untukku. Aku pergi jua ke majlis akad nikah yang berlangsung di rumahnya setelah dipaksa oleh Tasya. Dia yang membawa kereta dan melihat peta rumah Ameer yang tersedia di dalam kad jemputan. Aku Sms Ameer dan mengucapkan tahniah tetapi mesejku tidak dibalas. Fikirku mungkin dia sibuk bersiap.

"Woi, dah sampai ni . Kau ni termenung apahal?"
"Tak sedar pula aku,hehehe." Sengih aku macam kerang busuk.
"Dahlah jom, aku tak sabar nak tengok diorang jadi suami isteri." Tasya ada yang kena sumbat dengan cili ni karang.

Aku tidak dapat mendengar dan malihat pengantin lelaki dengan jelas.Aku mendengar acuh tak acuh apa yang dicakap oleh Tok kadi. Sampailah..................

*Cyntia medelyn, sabar yer :* (Sorry salah eje nama)

Wednesday, 11 June 2014

Kau Untuk Diriku #PART2

Aku terkejut apabila secara tidak sengaja terpeluk lengan Ameer yang agak sasa.

Aku dengan tergagap-gagap "Sorry, saya betul-betul tak sengaja"

Ameer sambil tersenyum "It's Okay Adlina, lagipun saya pakai baju lengan panjang and awak bukan nya sengaja", balas Ameer.

Aku bukan tak tahu, ameer ni dekat sekolah memang kuat agama sikit dan aku dan Tasya panggil dia Ustaz..

Aku tersenyum sambil terus menonton. Sampai ada satu masa aku terlelap dan bila aku bangun ..
"What??!!! Aku tertidur dekat bahu Ameer?!! Gumam aku dalam hati.
" Ameer, I'm So Sorry again.." Ameer terkejut..  "Why Ina?"

Wait, dia panggil aku Ina? Family dengan kawan aku je yang panggil aku Ina..
"What's do you mean with Why and why you called me Ina just now?"
"I'm don't know what you mean with Sorry and sorry salahKe saya panggil Ina?"
"Saya mintak maaf sebab saya terlelap dekat bahu awak dan it's okay awak panggil Ina. Lagipun takde kawan saya panggil saya Ina sebab nama tu Family saya yang selalu panggil."

"So, Can I Call you Ina because Your name, Adlina remembered me of my late sister." Balas Ameer yang membuatkan aku sedikit terkejut kerana pada pengetahuan aku ameer anak tunggal.
"Sorry saya baru tahu awak pernah ada Adik perempuan cause I though that you are only a child in your family but I don't care if U want to call me Ina."

"Woi Adlina, aku panggil kau dari tadi ajak makan." Sergah Tasya yang membuatkanku sedar daripada lamunanku.
"Yelah..." Balas ku acuh tak acuh dan terus ke meja makan.


Masuk ke bilik tidurku, mata ku terasa segar dan membuatkan ku tidak dapat Tidur. Aku teringat pertemuan mereka di panggung wayang membuatkan Ku tersenyum. Sebenar aku telah lama suka kan Ameer sejak sekolah menengah. Usiannya dan aku sebenarnya agak jauh berbeza iaitu 5 tahun. Means sekarang dia 30 tahun lah kalau aku 25 tahun. Kami berkenalan sebab cikgu yang mengajar kelas aku tu ajar kelas dia jugak. Lepastu aku ni rajin juga tolong Ustazah naik ke tingkatan 5 yang berada di tingkat 4! Tabik hormat aku dengan ustazah ni walaupun badan dia Cute & Chubby tu.

Hari tu terjadilah sebuah peristiwa yang aku amat ingati. Waktu tu Ustazah minta tolong kami isikan keputusan dan sijil tingkatan 5 tahun lepas. Aku tengah berangan sambil berjalan ke bilik guru lepastu tanpa aku sedari kami berlanggar dan semua kertas-kertas yang amat banyak terjatuh. Ayoyo, ingatlah Adlina lainkali jangan berangan semasa berjalan . Aku membantu nya untuk menyusun kembali kertas-kertas yang berselerakan di lantai. Itulah aku terhadap wajahnya yang putih ,yang bebas jerawat dan matanya yang sungguh menawan hatiku Hehehe..
Akhirnya aku tertidur....

******************************************

"Adlina, bangunlah tengahari dah ni. Mentang-mentanglah hari ni Weekday kau sedap-sedap tido."Bebel Tasya.
"Aku nak keluar dengan Yap kejap sebab nak cari barang tunang, so Bye sayang."

Sayang??Lantak kau lah Tasya. Aku dengan malas pergi ambil tuala dan terus menuju ke bilik air. Sambil aku melangkah menuju ke bilik air tiba-tiba ada panggilan telefon masuk. Aku sepantas kilat ala ala Super sayyan mengangkat telefon. Aku meletakkan telefon di telinga dan aku terus sumpah seranah dalam hati.
Hurghhh kacau betul celcom mesej aku,Frust kau. Aku kembali mengambil tuala biruku tetapi deringan telefon aku membantutkan aku. Aku tengok skrin betullah ada orang call lantas aku memberikan salamku.

"Wassalam, ni Adlina ke?"Suara yang aku amat kenali tetapi dimana ya?

"Ya saya Adlina boleh saya bantu?"Macam service telefon pulak aku ni.

"Awak saya Ameerlah. Saya call sebab nak tanya awak jadi tak keluar dengan saya hari ini?Pukul 2 ni kan."

Ya allah! aku lupa lah janji aku. Aku berpaling pada jam dinding. OmG! dah pukul 1:30.

"Ameer, saya mestilah jadi."Kalau dengan dia mestiah."Kenapa?"

Nothing just nak pastikan. Tepat pukul 2 saya ambil awak dekat rumah awak ya, jangan lupa. Assalamualaikum Ina".terus tamatkan talian.

Tanpa berfikir panjang aku terus bersiap secepat mungkin. Alamak masa. Please gave me some Time.
Tiba-tiba insaf aku pasal hargai masa. Tulah lainkali bangun awal bukan nya buat air liur basi hari ni.

Tengah aku pakai tudung a.k.a tudung lilit-lilit aku Hon kereta berbunyi. Alamak aku tak siap lagi ni.
Aku berlari mencapai handbag lalu menuruni tangga. Aku terlanggar sesuatu yang licin yang menyebabkan aku jatuh tangga sambil menjerit....

*Insyallah nanti saya sambung. Time is Gold right?

Tuesday, 3 June 2014

Kau Untuk Diriku #PART 1

Hari-hari yang lepas yang penuh dengan Kegembiraan kini bertukar menjadi Kelam dan Duka. Tidak akan Adlina Aliya akan kepergian seorang jejaka yang telah lama bertakhta di hatinya, Azrul . Hati Adlina bagaikan berkecai selepas mendapat Berita bahawa Azrul maut akibat kemalangan sebelum sempat mereka bertunang.

"Adlina, usah kau ingat lagi orang yang telah tiada lagi di Dunia ni" sergah Tasya dari belakang.

"Aku bukan apa.. sekarang aku tengah cuba lupakan dia Tasya."

"Kau banyakkan bersabar Adlina, aku akan Cuba untuk bantu kau. Kalau ada masalah beritahu sahaja aku"

Tasya Batrina, seorang kawan yang telah lama menjadi karibnya sejak di bangku sekolah. Dialah yang menemukan ku dengan Azrul di Universiti. Azrul, aku berkenalan dengan dia di Universiti. Dia seorang yang baik hati dan ambil berat tentang diriku. Dia pernah berjanji untuk berkahwin denganku apabila habis Semester akhir. Itulah kata-kata yang aku Ingat sampai sekarang. Mungkin dia bukan Jodohku. Aku redha dengan ketentuan Qadaq dan qadar.

"Adlina, jom esok pergi tengok Wayang cerita Hunger games 2. Tu kan cerita Kegemaraan kau." Cadang Tasya untuk aku sedar dari lamunanku.

"Bagus juga Idea kau Tasya, lagipun aku Free esok"

Keesokan harinya aku pergi ke Pwagam bersama Tasya. Rupa-rupanya dia ajak Boyfriend dia yang kitaorang panggil Yap. Lagipun aku senang dengan Yap walaupun dia lelaki. Tasya dan Yap minta diri sekejap untuk pergi Watson. Lagipun lagi setengah jam tayangan akan dimulakan.
Sambil aku berjalan aku terlanggar seorang Mamat yang gila Hensem. Aku dah kelu dah sebab aku macam pernah jumpa mamat ni.
'Awak Adlina kan?" Kata Mamat tu.

"Ya saya, awak AmeerKan?" Tanya Adlina.

'Awak apa khabar Adlina? Sudah lama kita ak berjumpa kan. Semenjak awak masuk Universiti awak jarang berhubung dengan saya"

"Saya Busy sikit bila masuk Universiti"

"Saya ucapkan Takziah akan kawan awak yang meninggal dunia tu" Adlina agak terkejut. Macammana dia tahu akan Azrul. Tapi dia rasa dia tak perlu tanya. Malas dia nak ingat peristiwa itu.

'Kejap lagi saya nak tengok wayang, awak nak pergi mana lepas ni"

"Owh, saya pun nak tengok wayang cerita Hunger Games tu tapi saya seorang je"

"Ameer, awak boleh ikut saya , Tasya dan bakal tunang dia." Cadang aku.

"Okay, I will follow youand your friends" Sambil tersenyum dia mengikut aku kedalam pawagam. Setelah kami duduk dikerusi bersebelahan sesama kami. Tasya pun sampai dengan tunang nya.

Pawagam pun bermula. Sambil menonton, ada part yang membuatkan aku takut dan menjerit. Aku ni jenis penakut sikit. Yang mengejutkan aku....

*Nanti saya sambung Kemudian sebab masa tak Izinkan.. Wassalam

As A Normal Girl... Sebagai Gadis Biasa

Assalamualaikum sebagai Pembuka bicara..

Syukur kehadrat Ilahi kerana mengizinkanKu bernafas di DuniaMu ini. Hari ini Saya ingin mencoretkan sedikit Pengalaman. Sebagai perempuan, kita mestiah ada pengalaman Cinta atau Jatuh cinta. Saya? saya tak pernah Couple . Saya seorang yang Anti-sosial. Tujuan saya buat Blog sebab saya ni Amat minat menulis. Habis buku-buku Kosong saya Coretkan. Samaada Cinta atau pengalaman. Insyallah saya akan jadikan blog saya sebagai luahkan apa yang terbuku dan saya akan buat Cerita Pendek. For your Information, saya seorang yang agak Jiwang jadi Maybe Blog saya penuh dengan Cerita Romantik . Sampai sini saya perkenalkan diri. DiLain waktu saya Akan cuba Merasmikan cerita pendek saya untuk anda Semua.

AQUA MILLERS,  Wassalam