Wednesday, 18 June 2014

Kau Untuk Diriku #PART4

Sampailah saat untuk melafazkan kata-kata itu dan mereka akan sah sebagai pasangan suami isteri. Oh tuhan, aku rasa macam untuk lari sejauh mungkin dan tidak mendengar kata-kata itu.
"Aku terima nikahnya Umi Natasya binti Abdul Uzir dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai."

Akhirnya sah mereka menjadi suami isteri. "Adlina, ini semua dah berakhir." Bisik hatiku. Sejurus itu aku terus keluar dari rumah yang sepatutnya sejuk bertukar menjadi bahang. Aku tidak pasti sama ada aku redha atau tidak. Tetapi, aku amat berharap aku tidak bertepuk sebelah tangan sahaja. 

Aku tiba-tiba terperanjat saat aku dan Tasya selesai menjamu juadah ringan, seorang lelaki yang aku kenali. 

"Ameer, kenapa awak ada pulak dekat sini? Bukan ke awak sepatutnya sekarang dengan family dan isteri awak?" Sambil sempat aku mengerling ke arah dia. Dia nampak amat kacak dengan baju melayu cekak musang bewarna putih dan sampinnya yang dihiasi sulaman benang emas. Sungguh bergaya.

"Adlina, awak mimpi ke? Bila masa saya nikah ? Isteri?" jawapan ameer yang membuatkan aku tersentak.

"Yang tadi? Yang Tengku Ameer tu? " Ku amat dan ingin mencari kepastian yang sebenar.

"Ya allah Ina, yang nikah tu sepupu saya nama dia Tengku Amirul Faizal . Saya Tengku Emiril Faiqal.
Boleh pulak salah. " jawabnya sambil ketawa.

Terasa seperti aku nak menjerit sepuas hati dan lari. Arghhh.. Tapi nasib baik, Fuhhh.

"Ni mesti kes tak baca kad yang saya kasi hari tu kan? Patutlah lepas makan terus nak balik and muka monyok jer.Comel je saya tengok muka monyok awak tu Ina."

Seriously memang malu saat itu. Ya tuhan, macam dia boleh tahu aku merajuk. Arghh itu semua sudah tidak penting yang pastinya sekarng aku masih mempunyai peluang untuk ehem ehem. Gatalkah aku?  :3 

"Ehhh, Ina ini saya kenalkan Ibu bapa saya." Aku mengikut Ameer kedalam rumahnya untuk berkenalan dengan ibu dan bapanya atau bonda dan ayahanda. Hermm aku tak tahu sangat istilah-istilah ni. Maklumlah asyik dapat B dengan C je Bm.

Aku bersalaman dengan ibunya yang amat manis dan cantik. Wanita yang mempunyai ketinggian sederhana dan berambut hitam lebat.

Ibunya menyambut salamku. Dapat ku rasakan kelembutan tangannya. Memang ALEUMDAUSINEYO betul. Maksudnya awak sangat cantik. Patutlah anak dia hensem. Hehehe
Ayahnya memberikan senyuman untukku. 

Ibunya dan aku duduk di sebuah sofa dan Ameer berbual dengan Ayahnya.

"Tengku berusia berapa tahun?" Aku memulakan dahulu.

"Saya sudah hampir separuh abad. Kenapa tanya?"

"Bukan, saya nampak Tengku macam baru 20-an." Sememangnya aku tidak menipu.

"Hahaha, Adlina jangan berTengku dengan saya. Panggil Auntie atau Mommy jer."Balas ibu Ameer.
Sememangnya mestilah aku akan memilih Auntie. Tak Sah lagi kot. Agak-agaklah.

Baru berbual-bual beberapa minit, ameer mengajakku pulang setelah sedar tak sedar sudah pukul 11 malam. Aku mengucup tangan ibu Ameer dan mengikut Ameer dari belakang. Dalam perjalanku mengikuti Ameer terdapat sepasang mata memandang tajam ke arahku. Ahhh, itu aku tidak kisah. Laju aku cuba mendapatkan Ameer.


Di dalam kereta aku bagaikan diam seribu bahasa. Majlis ini yang hampir membuatkan hatiku hancur bagaikan dipecahkan secara drastik bertukar menjadi normal. Kenapa aku tidak membaca kad itu? Apa mungkin aku takut dan membuat hatiku bertambah sayu? Ada baiknya aku membaca dahulu kad itu. Arghh, kenapa perlu aku terus mengingati perkara yang lepas? Sekarang peluangku masih cerah lagi.

"Ina,kenapa diam?" soalan Ameer memecahkan keheningan malam dan juga lamunanku.

"Nak cakap apa lagi yer? Hilang rasanya topik kot...

Dia hanya tersenyum. Baru aku ingat aku ingin bertanyakan sesuatu soalan...

"Ameer, kenapa majlis tu buat dekat rumah awak?"

"Sepupu saya tu bekerja di United Kingdom, dan dia anak yatim piatu. Ibu saya sahaja adik beradik ayah dia saudara yang dia ada. Ayahnya anak tunggal. Sebab itulah." Jawapan Ameer memuaskan hatiku.

Sesampainya di rumahku, kami mengucapkan selamat tinggal. Yang memelikkan, Ameer menyebut dan membuat huruf S menggunakan jari dan menbuat bentul love di dadanya. Dengan blur dan tidak tahu apa-apa aku terus masuk ke dalam rumah. Seperti biasa, Ameer menungguku sampai masuk kedalam rumah.

Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju di atas jalan .Disebabkan gelap dan kereta itu tidak terdapat lampu yang menyala membuatkan aku tidak menyedari kewujudan kereta itu. Bagaikan ditendang dan dihentak dengan begitu kuat, aku bagaikan membelah udara dan jatuh di atas jalan. Ameer segera mendapatkan diriku. Pemandu itu terus memecut laju meninggalkan kami tetapi Ameer sempat menangkap gambar kereta itu.

Aku yang masih tersedar dapat melihat Ameer merangkul dan mendukung aku sambil ku sedari terdapat air jernih yang sedikit deras mengalir dari mata nya yang hitam coklat. Dia membuka bajunya dan dan meletakkan nya di kepalaku yang berdarah dan seterusnya membawa ku menaiki kereta ke hospital. Aku akhirnya pensan apabila ameer terus meluncur laju keretanya ke hospital.


****************************************************************************


No comments:

Post a Comment