Friday, 13 June 2014
Kau Untuk Diriku #PART3
Aku sangkakan aku akan terjatuh di hujung tangga tetapi seolah-olah sesuatu berjaya menyambut ku. Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata dan diriku terpaku. Ameer? macam mana dia boleh masuk dalam rumah?
"Ameer, macam mana awak ada dekat sini?"
"Saya dah 10 minit tunggu dalam kereta lepastu saya keluar saya tunggu dekat pintu. Bahaya awak biarkan pintu terbuka. Nanti orang jahat masuk mulalah."
"Okay lah ameer. Terima kasih sanggup sambut saya. hehehe." tak lawakpun, apahal aku gelak?
"Kan emergency. Kalau saya biarkan awak nanti apa pula kawan awak tu cakap.Dah lah Jom."
"Owh, okay." Aku mengunci pintu dan terus mengekori Ameer ke dalam perut kereta. Suasana didalam kereta terasa amat sunyi. Sebenarnya aku masih malu dengan kejadian tadi. Pegang tangan lelaki aku tak pernah kecuali ayah dan abang. Opss, aku tak ada abang kan. Apatah lagi kalau lelaki dukung aku terutamanya si dia.
Akhirnya kami kedestinasi kami iaitu sebuah restoran yang agak mewah. Aku teringat dia ni sebenarnya keturunan Tengku. So tak mustahillah. Tapi ini first time aku datang ke restoran ni. Kami ke meja yang di Khas untuk 2 orang.Pelayan mengambil pesanan. Aku memesan makanan dan minuman yang sama dengan Ameer. Kedudukan meja kami yang terletak agak tersorak memudahkan lagi untuk berinteraksi.
"Kenapa awak bawa saya ke restoren ni? Bukan ke lebih sesuai waktu malam makan western food."Aku memulakan dahulu. Nanti sampai balik kami tak bercakap, Awkward.
"Salahke?Lagipun saya nak beritahu awak sesuatu." Balas ameer yang membuatkan aku tertanya-tanya.
"Ina, nah." Kad perkahwinan dihulurkan kepadaku kan . Bagaikan ribut telah melanda. Hancur cita-citaku.
"Awak janji awak datang yer. Majlis ni dekat rumah saya."
"Insyallah . Bila nikah?"Aku kuatkan diriku untuk terus berbicara.
"Insyallah malam sabtu ni dekat rumah saya. Bukan dekat masjid or surau."
Aku manahan air mataku yang hampir bergenang.
"Ina, are you okay?" Pertanyaan ameer aku segera menjawab "I'm okay."
Pelayan yang mengambil pesanan kami tiba dengan hidangan yang dipesan. Aku membaca doa dan terus makan. Sebenarnya aku amat lapar tadi sebab aku tidak bersarapan langsung tadi tetapi mendengar apa yang disampaikan ameer tadi bagaikan aku menelan pasir. Habis hidangan kami aku terus meminta dia menghantarku pulang. Aku memberi alasan yang aku rasa tidak sedap badan atau erti kata lain tak sihat.
Dia menawarkan diri untuk membawaku ke klinik tetapi aku menolak secara lembut. Dia terus menghantarku pulang ke rumahku. Aku mengucapkan terima kasih dan terus berlalu kedalam bilikku.
Aku menangis sepuas-puasnya melepaskan segala-galanya. Aku membuka sampul surat itu dan sayu aku lihat muka hadapan kad yang bewarna putih itu yang bertulis Majlis perkahwinan, Ameer bersama cinta hatinya Umi Natasya. Aku menutup kad itu dan meletakkan ia diatas meja. Ya allah, aku redha jika dia bukan jodohku. Aku terlena didalam bilikku sampailah aku terjaga ketika azan maghrib berkumandang. Tanggungjawab kepada yang esa harus aku tunaikan terlebih dahulu.
Hari yang amat ditunggu-tunggukan telah tiba bagi mereka tetapi bukan untukku. Aku pergi jua ke majlis akad nikah yang berlangsung di rumahnya setelah dipaksa oleh Tasya. Dia yang membawa kereta dan melihat peta rumah Ameer yang tersedia di dalam kad jemputan. Aku Sms Ameer dan mengucapkan tahniah tetapi mesejku tidak dibalas. Fikirku mungkin dia sibuk bersiap.
"Woi, dah sampai ni . Kau ni termenung apahal?"
"Tak sedar pula aku,hehehe." Sengih aku macam kerang busuk.
"Dahlah jom, aku tak sabar nak tengok diorang jadi suami isteri." Tasya ada yang kena sumbat dengan cili ni karang.
Aku tidak dapat mendengar dan malihat pengantin lelaki dengan jelas.Aku mendengar acuh tak acuh apa yang dicakap oleh Tok kadi. Sampailah..................
*Cyntia medelyn, sabar yer :* (Sorry salah eje nama)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment