Saturday, 21 June 2014

Kau Untuk Diriku #PART5

Aku membuka mata dan rupa-rupanya aku terlelap di dalam kereta Ameer. Dimanakah dia pergi meninggalkan aku?
Selang beberapa minit dia kembali bersama sebotol air mineral lalu dihulurkan kepadaku sambil tersenyum.

"Ameer, kita di mana?" Pertanyaanku disambut dengan senyuman.

"Kita berada di bandar." Jawapan yang mengundang seribu persoalan.

"Jadi..... tak apalah." Aku tidak jadi meneruskan pertanyaan ku. Ku melihat sahaja kereta itu membelah jalan. Aku tidak pasti aku dimana. Memoriku yang terakhir adalah ketika aku dilanggar kereta. Tetapi kenapa aku tidak merasa sakit dan luka?

"Kita sedang menjemput Isteri saya di Lapangan Terbang. Awak lupakah?" Jawapan yang membuat aku tercengang dan hatiku kembali berbelah bahagi. Isteri? Beribu persoalan menunggu jawapan.

"Kawan baik awak pun tak ingat? Kitakan nak ambil Tasya dekat Airport."

"Tasya? Tasya Batrina?  Bila masa dia kahwin dengan awak? Lepastu macammna dengan Yap? Itukan bakal tunang dia?" Soalku tanpa langsung aku berselindung . Aku tidak percaya ini semua. Hanya Ameer berada di hatiku.

"Ehhhh, engkau ni kan. Yap kan suamikau. Aku dan kau kan dah sama-sama kahwin dekat cinta masing-masing. Apehal engkau ni. Macam hilang ingatan sahaja?"

Aku tidak pernah cintakan Yap dan Kahwin dengan dia? Aku tidak pernah menganggap Yap atau namanya Yusuf lebih dari kawan . Adakah dunia telah terbalik? Lagi satu kenapa dia panggil aku engkau. Dimana hilangnya panggilan saya awak dan Ina yang selalu manis disebut olehnya. Aku rela dilanggar oleh kereta daripada terpaksa berhadapan dengan tekanan fizikal dan mental ini.

Otak dan hatiku bagaikan sayup-sayup terdengar seseorang membaca Yassin dan suaranya sama seperti Ameer. Apakah yang berlaku?

Secara tiba-tiba kereta yang dipandu berpusing tiga kali dan merempuh penghadang jalan. Aku dapat merasai darah mengalir dari kepalaku. Sungguh sakit tidak kepalang. Aku membuka mata dan melihat Ameer penuh berlumuran darah dan wajah putihnya menjadi merah pekat kerana darah. Sayup-sayup aku memanggil Ameer akan tetapi tidak berbalas. Aku cuba keluar daripada kereta itu. Nasib baik pintu itu tidak berkunci. Aku keluar dan terus menghala ke tempat duduk Ameer. Tiada satupun kereta yang aku boleh minta pertolongan. Aku gunakan seluruh kudratku sebagai wanita dan membuka pintu Ameer.

 Tetapi bagaikan graviti menarik aku kebelakang sambil berbaring dan bagaikan bom kereta itu meletup bersama dengan Ameer! Aku terjerit bagaikan hilang arah. Sungguh aku tidak menyangka ia akan terjadi. Aku menangis sepuas hati dan menjerit nama Ameer. Tiada satu pun kenderaan yang berada berdekatan untuk meminta bantuan. Ameer mengapakah ini semua terjadi? Bagaikan hanya kita berdua di dunia ini.
I just want to say Saranghaeyo.........

*********************************************

Doktor memeriksa keadaan Adlina yang sudah menunjukkan tanda positif setelah 3 hari koma akibat kemalangan itu. Ketika itu, Ameer berada di wad dan mengalunkan surah yassin dan ada ketikanya tertidur di pangkuan Adlina. Sungguh Ameer merindui senyuman dan suara Adlina.

Di suatu petang, Ameer pergi Melawat seperti biasa dan turut sedekahkan bacaan Yassin supaya Adlina cepat sedar. Sungguh hati kecilnya merindui gadis yang kelihatan seperti Sleeping beauty itu. Ketika alunan yassin dilafazkan oleh Ameer tiba-tiba jari-jari adlina bergerak dan nama Ameer disebut olehnya. Terus sahaja Ameer ingin memberitahu doktor tetapi Adlina menghalang.

"Ameer, awak masih hidup? Jangan sesekali awak tinggalkan saya." Kata Adlina dengan nada amat perlahan.

"Saya tidak akan tinggalkan awak Ina." Balas Ameer apabila Adlina mengaku dan secara rasminya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Sungguh dia tidak mampu lagi untuk menahan perasaan rindu dan cinta yang semakin kuat dan betapa sakitnya batinnya apabila Adlina koma.

Doktor memeriksa Adlina yang masih basah matanya dan masih lemah. Doktor memaklumkan kemungkinan Adlina mungkin mengalami mimpi buruk ketika koma dan berdasarkan reaksinya selepas sedar.

Ya Allah sesungguhnya dia bersyukur mimpi itu tidak menjadi kenyataan.

"Ameer saya................

*Medelyn, sambungan for next time :3

No comments:

Post a Comment